MENU

 

Keadaan banjir yang melanda beberapa daerah di Negeri Sembilan merupakan ujian getir yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk meringankan beban tanggungan rakyat.

Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan peruntukan awalan berjumlah RM12 juta bagi menangani kesan banjir yang melanda negeri baru-baru ini.

Kerajaan Negeri faham bahawa bencana seperti ini memerlukan tindakan pantas terutamanya dari segi dana bagi membantu rakyat yang terkesan akibat banjir ini.

Insya-Allah, pihak Kerajaan Negeri akan terus berusaha menangani kesan banjir ini terutamanya dalam jangka masa panjang.

Kredit Infografik: Facebook Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan

#NogoriKito #CaroKito

#PakaiPelitupMuka

#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera