MENU

27 April 2019 : Perlawanan akhir Kejohanan Liga Sosial Jempol 2019 - Piala YDP MPJL- yang telah dimenangi oleh Pasukan Akbir Haykal FC menerusi penentuan tendangan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 1 sama. Tentangan sengit serta corak perlawanan yang menarik telah dipamerkan oleh Pasukan Senama FC gagal untuk menembusi benteng pertahanan pasukan juara yang turut memberikan saingan yang hebat untuk mengikat jaringan. Tempat ketiga yang dimenangi oleh Kasyah FC manakala Piala Fairplay dimenangi oleh Kito FC yang menunjukan komitment serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung. Pemain terbaik dimenangi oleh pemain berjersi nombor 7 dari pasukan Senama FC, En Azari A/L Dermaraju.
Sesi penyampaian hadiah bagi pemenang telah disempurnakan oleh YM Raja Norazli Bin Raja Nordin, YDP MPJL dan turut hadir Dato Sri Surash serta Ahli Majlis MPJL. Sambutan yang menggalakkan dari segenap masyarakat yang datang memberikan sokongan pada pasukan yang bertanding amatlah dihargai.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, barisan jawantankuasa serta pasukan yang mengambil bahagian dalam memeriahkan lagi kejohanan ini.