MENU

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Datin Seri diatas kesudian hadir bagi menyaksikan Kejuaraan Malaysian Petronas Cubprix 2019 yang diadakan di Dataran Seri Jempol.
Jutaan terima kasih juga kepada YB Tuan Teo dan YB Tuan Dr Rafie serta isteri yang turut melapangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan suasana perlumbaan ini.
Terima kasih kepada semua Ketua Jabatan peringkat Pentadbiran Daerah Jempol serta kakitangan yang terlibat yang membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan program.
Kepada semua pengunjung yang hadir terutamanya kepada warga Daerah Jempol, jutaan terima kasih kerana memberi sokongan serta sanggup berpanas untuk menyaksikan perlumbaan Cubprix ini yang telah menjadi imej baharu kepada Daerah Jempol.
Terima kasih buat pihak penganjur serta pelumba yang memberi peluang kepada Majlis Perbandaran Jempol dan seluruh warga Jempol untuk bersama-sama menjadi sebahagian dari keluarga besar Cubprix.
Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang. Pihak MPJL memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan serta kesulitan sepanjang program ini berlangsung.