MENU

Lawatan turun padang YM Tuan Raja Norazli Bin Raja Nordin, Yang Dipertua MPJL bersama Setiausaha dan Ketua/wakil Bahagian ke tapak projek pemaju bagi memantau penyelenggaraan kolam takungan sementara berhampiran Taman Binjai. Turut dipantau kawasan taman permainan di Taman Garsenia yang menjadi "port" minum arak dan membuat kacau ganggu kepada penduduk taman sekitar. Kawasan wakaf telah ditutup sementara waktu serta pemantauan oleh pihak Polis dan penguatkuasa akan ditingkatkan bagi mencegah gejala tidak sihat ini dari terus berleluasa. Poster amaran serta larangan berada dikawasan tersebut selepas jam 9.00malam telah ditampal dan tindakan akan diambil bagi mana-mana individu yang ingkar. Dikesempatan itu juga, YM Tuan YDP turut membincangkan cadangan jalan sehala di Taman Meranti bagi mengelakkan kesesakan lalulintas serta cadangan dari Persatuan Belia Bahau yang memohon tapak bagi menjalankan perniagaan untuk meningkatkan ekonomi setempat. Beberapa lokasi telah dikenalpasti dan akan disyorkan bagi tempoh percubaan.

#BersihMuafakatSejahtera

#JempolMajuIndahdanBeradat