MENU

07 September 2020: Lawatan turun padang YM Tuan Raja Norazli Bin Raja Nordin, YDP MPJL ke: -

1. Taman Desa Puteri bagi melihat tapak projek pemaju perumahan dan telah memberi teguran berkaitan beberapa aspek yang melibatkan saliran dan meninjau kerja-kerja pembersihan longkang oleh pihak SWM Sdn Bhd. Terdapat juga beberapa premis kediaman yang telah menjalankan kerja-kerja ubahsuai rumah tanpa kebenaran diatas longkang yang akan mengakibatkan kerja-kerja pembersihan sukar dijalankan serta boleh menyebabkan binaan tersebut mengalami kerosakan sekiranya terdapat kerja-kerja pembaikan longkang dikawasan terbabit.

2. Taman Bahau - melibatkan ubahsuai premis tanpa kebenaran yang menyukarkan kerja- kerja pembersihan serta baik pulih dijalankan

3. Pusat Perniagaan Casuarina - melibatkan pembersihan longkang serta perangkap sampah.

4. Pekan Bahau - beberapa teguran dan amaran telah dibuat kepada pemilik premis yang menghalang laluan kaki lima.

5. Taman ACBE - siasatan berkaitan banjir kilat yang melanda baru - baru ini disyaki berpunca dari binaan tambahan yang didirikan menutupi kawasan longkang serta menyukarkan kerja- kerja pemantauan dan pembersihan dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menjalankan ubahsuai premis tanpa kebenaran bagi mengelakkan tindakan diambil dan boleh menyebabkan pelbagai masalah akan timbul akibat sikap yang tidak bertanggungjawab ini.