MENU

20 Jun: Operasi Bersepadu Daerah Jempol

Agensi
1. Majlis Perbandaran Jempol (MPJL)
2. Balai Polis Bahau
3. Jabatan Kesihatan Daerah
4. Jabatan Penerangan Daerah
5. Angkatan Pertahanan Awam Daerah Jempol
6. Rela Daerah Jempol

Bil Tempat makan dipantau : 44
Bil Premis lain : 11
Bil Notis dikeluarkan : 9
Bil kompaun : 3

Antara kesalahan
1. Merokok dalam premis
2. Gagal mengemukakan lesen perniagaan
3. Lain - lain kesalahan kecil

Satu Ops Bersepadu yang membabit hampir 36 anggota melibatkan 6 agensi di Daerah Jempol telah menjalankan pemeriksaan premis perniagaan serta nasihat kepada pemilik dan pengunjung bagi memastikan SOP berkaitan PKPP dipatuhi sebaik mungkin.

YM Tuan Raja Norazli Bin Raja Nordin, YDP MPJL turut meluangkan masa bagi menyertai Ops Bersepadu ini dan Pengarah Penerangan Negeri turut sama menggerakan kakitangan Jabatan Penerangan bagi menyampaikan risalah berkaitan Covid-19.

Ops yang berakhir pada jam 1.00 pagi ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran awam berkaitan SOP yang telah dikeluarkan. Jaga penjarakan sosial, elakkan tempat yang sesak serta sempit, amalkan kebersihan diri dan memakai pelitup muka semasa berada ditempat awam. Orang ramai disarankan bagi mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian bagi mencegah gejala penularan wabak ini.