MENU

OPS BERSEPADU : MPJL / SSM / KPDNHEP

Tarikh : 21 Oktober 2020

Masa : 9.00 malam - 12.30 tengah malam

Pihak Majlis Perbandaran Jempol telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan KPDNHEP dalam melaksanakan Operasi Pemeriksaan Premis Makanan di sekitar Bahau malam tadi. Pasukan operasi yang terdiri daripada 25 anggota telah dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil. Sebanyak 13 premis telah diperiksa. SSM mengeluarkan 7 kompaun manakala MPJL 2 kompaun. Operasi ini turut disertai YM Tuan Raja Norazli Bin Raja Nordin, Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Perbandaran Jempol.

#BersihMuafakatSejahtera

#JempolMajuIndahdanBeradat

#kitajagakitastaysafe