MENU

Pemantauan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan.
Tarikh : 18 Mac 2020
Masa : 2.30 ptg - 4.30ptg

Lokasi: Sekitar Taman Satelite dan Pekan Bahau

Peniaga telah diberikan nasihat agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan sentiasa mengambil maklum perkembangan semasa bagi mengekang penularan virus ini.
Hadir sama YM Raja Norazli Bin Raja Nordin yang turun padang bersama pasukan penguatkuasa MPJL untuk memantau kegiatan perniagaan yang telah diarahkan untuk ditutup bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Sepanjang tempoh ini premis tumpuan seperti restoran/gerai makanan akan dipantau untuk tidak membenarkan pelanggan makan di premis. Pemantauan hari pertama ini lebih menekankan nasihat serta teguran kepada peniaga yang ingkar serta tidak peka terhadap perintah yang dikeluarkan serta tindakan penguatkuasaan akan diambil selepas ini sekiranya terdapat peniaga yang masih berdegil.

Kerjasama semua pihak dalam hal ini amat diharapkan bagi menjamin kesejahteraan bersama.