MENU

16 Ogos : Riadah pagi dan gotong royong di Taman Tasik Bahau. Hadir sama YB Tuan Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru merangkap ADUN Kawasan Bahau, YM Tuan Raja Norazli Bin Raja Nordin, Ahli Majlis serta warga kerja MPJL.

Program santai pagi ini diadakan bagi mengeratkan hubungan serta persefahaman diantara semua warga MPJL disamping menerapkan amalan kebersihan yang menjadi tanggungjawab semua pihak terutamanya dikawasan awam.

YB Tuan Teo Kok Seong turut melihat beberapa kerosakan yang diajukan oleh YM Tuan YDP hasil aduan yang dikemukakan oleh masyarakat sekitar bagi mempertingkatkan lagi kemudahan yang telah disediakan. Beberapa kerja baik pulih akan dijalankan dalam masa terdekat serta satu perancangan akan dibuat untuk menjamin keselesaan semua pihak.

Kami menyeru semua pengguna / masyarakat agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri, menjaga kebersihan kawasan sekitar dan bersama-sama menjaga kemudahan awam yang telah disediakan untuk kegunaan ramai. Sayangi daerah kita, bersama kita menjaga kebersihan, kita jaga kita.