MENU

SEREMBAN : Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju memberi saguhati RM500 kepada kakitangan awam dan anak syarikatnya sempena Aidilfitri. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Bin Hasan berkata bayaran itu selaras langkah Kerajaan Persekutuan memberi Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1,6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Syawal. "Kita membuat keputusan pada mesyuarat EXCO hari ini (15/5/16) untuk memberi sagu hati kepada kakitangan berjawatan tetap dan kontrak,selain agensi serta anak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan Pusat Zakat Negeri Sembilan"katanya. 

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di sini hari ini. Katanya kerajaan negeri akan membuat pembayaran bersama gaji pada 23 Jun ini.