MENU

TARIKH AKHIR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 1/2017

Bayaran akhir cukai Taksiran bagi penggal 1/2017 akan tamat pada 28 Februari 2017 (Selasa). Sehubungan dengan itu, bagi pemilik harta di bawah pentadbiran MDJL yang belum menjelaskan bil cukai taksiran perlu membuat bayaran dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan diambil.

Bagi memudahkan orang ramai pembayaran juga boleh dilakukan di cawangan-cawangan bank terpilih iaitu Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional .

Untuk makluman MDJL akan mula mengeluarkan Notis E pada 1 Mac 2017 di mana caj lewat bayar RM10 akan dikenakan untuk setiap akaun. Penguatkuasaan ini berdasarkan Seksyen 147, Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) kepada pemilik harta pegangan yang gagal menjelaskan bayaran cukai taksiran selepas tamat tempoh pembayaran.

Sebarang pertanyaan berkaitan Cukai Taksiran, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Penilaian MDJL di talian 606-458 1233 .