MENU

Sewaan Premis MDJL

Dalam menjalankan tanggungjawab bagi menggalakkan pertumbuhan pembangunan ekonomi dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada mesyuarat setempat terdapat lot gerai, pasar, kedai dan bengkel kepunyaan pihak majlis yang boleh disewakan pada kadar yang rendah dan berpatutan. Kadar sewa yang dikenakan adalah berbeza-beza mengikut jenis, lokasi dan saiz.

Memohon Sewa Premis MDJL

Sebelum seseorang mengemukakan permohonan sewa premis MDJL, mereka perlu memastikan lot yang hendak disewa tersebut kosong dan tiada penyewa lain. Kepastian ini boleh diperolehi dengan menghubungi talian 06-4581233 dan bercakap dengan pegawai di Unit Gerai dan Perlesenan.

Permohonan sewaan premis MDJL perlu menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Jempol. Setiap permohonan yang dikemukakan akan diproses dan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Lalulintas, Gerai dan Perlesenan untuk dipertimbangkan. Keputusan daripada mesyuarat permohonan tersebut akan dikemukakan kepada pemohon secara bertulis dalam jangkamasa 1 bulan.

Kepada pemohon yang berjaya, mereka dikehendaki menjelaskan sejumlah bayaran yang merangkumi perjanjian sewa. Mereka juga dikehendaki berhubung terus dengan pihak Jabatan Bekalan Air dan Tenaga Nasional Berhad bagi penyediaan bekalan air dan elektrik. Setiap premis yang disewa tidak dibenarkan bagi penyediaan atau ubahsuai tanpa kebenaran daripada pihak MDJL.

Peringatan

Penyewa premis MDJL dikehendaki memahami isi kandungan dokumen perjanjian sewa dan mematuhinya sepanjang masa selagi mereka menyewa premis MDJL. Untuk itu, setiap penyewa dinasihatkan supaya menyimpan dokumen kepada penyewa sekiranya ada terma-terma yang didalam perjanjian tersebut tidak dipatuhi.